Tiada sesiapa pun termasuk ahli politik mempunyai hak dan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara di Malaysia kerana ia adalah hak asasi manusia malah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.
